Anak2 mummy sayang

Tuesday, August 11, 2009

Mahligai Impian..

Ya Allah, Yang Maha Penyayang..

Syukur Kau telah menciptakan dia
dan mempertemukan aku dengannya.

Syukur untuk saat – saat indah
yang dapat kami nikmati bersama.

Syukur untuk setiap pertemuan
yang dapat kami lalui bersama.

Ya Allah,
Seandainya benar aku tercipta dari tulang rusuknya, janganlah biarkan aku terpisah dari merasai setiap kehadirannya…
Seandainya benar,Engkau ciptakan dia untukku…
Satukanlah hati kami…

Bimbinglah aku mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya…
berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk membahagiakan hatinya…

Kurniakanlah kasih sayang mu, agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan yg ada pada diriku
sebagaimana telah Engkau ciptakan hambamu ini…



Ya Allah Ya Rahim..

Jadikanlah aku isteri yang membahagiakan setiap saat dlm hidupnya..
Jadikanlah aku mahar yg boleh membawa kami ke syurga-Mu..
Kami x layak meminta..Tp Engkau sahaja tempat kami memohon..
kekalkan kebahagiaan ini..Kurniakan kami zuriat yang soleh..
Jgn biarkan kami terleka dgn keindahan yg kami rasai ini.. semoga keindahan ini kekal hingga ke syurga Mu..Ku sedar semua pasti ada akhirya..Moga akhir kami diselimut CINTA agung Mu..Ameen..



2 comments:

ummi afifah said...

alamak terlebih sudah...jiwang sakan...ishk..ishk..ishk.. tak sangka adik aku yg kering ni tersgtla jiwang..anyway, Alhamdulillah..tumpang gembira skali

yana said...

jiwang forever...dpn org kena keras huh Limkokwing x kuarantin pun...