1)Dady
a)abishhh car abishhh..(bile movie die abes)
n byk jugak lagi yg tak hingat...klakar gak kalo ckp laju2 xpaham ape farhi bebelkan..last2 die ngs sbb mamy dady xfhm, ape farhi nak..heheh syg anak mamy...
susah nk snap gmbr skrg...
"kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalanNya dihias dengan duri-duri luka, tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah, tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah..namun, bukankah telah dijanjikannya dalam kalamNya yang mulia, setiap kesusahan pasti ada kemudahan..Setiap kesusahan pasti ada kemudahan.."
susah nk snap gmbr skrg...
Semoga thn depan pnjg umur kiter dapat celebrate lagi...
farhi's frenz sungguh behave farhi yer..kalo kat rumah..hmmmm
Faiz, farhi and Adam..dah besar nnt keep in touch yer..
Inilah Izreen..semalam babysitter ckp farhi gigit Izreen 2 kali..siap ade bekas..aduhhh farhi...
Farhi keluar je dr rahim trus melalak xhingat..syahdu moment ini..
farhi merah aje..3.45kg...dlm nursery room Farhi plg besar..farhi jd model cuci pusat..
Farhi dah balik rumah..after 1 month, farhi dah pnd senyum bile di pgl..
Skrg Farhi masih senyum mcm ni kalo happy sgt..ni gambr betul2 after pantang..Farhi 1 month 2 weeks
Farhi first time g pantai at 3 month..after amek uncle Piki dr KLIA
Suke pakaikan legging Kat Farhi..hehe my hubby ckp mrh pakai wrne pink..xpela nnt adik farhi kalo gurl bley la share yer pakai balik..farhi 4 month..
Farhi mmg suke senyum smp skrg...picture taken at Kuala Perlis..Farhi 5 month..
I like to eat...farhi's before..tp skrg ikut mood nak makan..Farhi 6 month used walker already..
Farhi can lie face downward starting 4 months..me n hubby did capture the first moment he turn over using hubby's old hphone..tp xsempat save hphone da rosak..=(
Farhi suke punggah barang mummy smp skrg...ni tgh tgg achik konvo smp xtau nak buat ape die...
Farhi 9 month at Alenxandria Egypt..next year nak g Australia! InsyaAllah kalo tercapai ler..
Farhi first's ride..called 'Funny plane'..tp skrg kat rmh Mak tok kat Kedah...Farhi 10 month
Farhi 11 month..dah susut sket badan die sbb asek demam jer waktu ni...tp skrg dah naik da..
Yeahhh! Farhi 1 year old!!!new face..new look..but u still my handsome boy cayang..mummy loves you!!
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.