Anak2 mummy sayang

Wednesday, May 4, 2011

Dear Farhi,u 1 year old already..!how time flies...

Salam,

It's been long long time since my last entry..no time no feeling to update this blog...25 April 2011 ago, my baby was 1 year old!!!so now i ve reason to write down something hehe..hopefully Farhi will read this one day and smile~~~

Mummy nak summarize Farhi's development for this 1 year..mummy nak share every happy single moment with Farhi n daddy..hmmm cepatnyer mase berlalu...

teringat balik time Farhi new born baby...25 April 2010-4pm


Farhi keluar je dr rahim trus melalak xhingat..syahdu moment ini..

farhi merah aje..3.45kg...dlm nursery room Farhi plg besar..farhi jd model cuci pusat..

Farhi dah balik rumah..after 1 month, farhi dah pnd senyum bile di pgl..


Skrg Farhi masih senyum mcm ni kalo happy sgt..ni gambr betul2 after pantang..Farhi 1 month 2 weeks


Farhi first time g pantai at 3 month..after amek uncle Piki dr KLIA


Suke pakaikan legging Kat Farhi..hehe my hubby ckp mrh pakai wrne pink..xpela nnt adik farhi kalo gurl bley la share yer pakai balik..farhi 4 month..


Farhi mmg suke senyum smp skrg...picture taken at Kuala Perlis..Farhi 5 month..

I like to eat...farhi's before..tp skrg ikut mood nak makan..Farhi 6 month used walker already..

Farhi can lie face downward starting 4 months..me n hubby did capture the first moment he turn over using hubby's old hphone..tp xsempat save hphone da rosak..=(


Farhi suke punggah barang mummy smp skrg...ni tgh tgg achik konvo smp xtau nak buat ape die...


Farhi 9 month at Alenxandria Egypt..next year nak g Australia! InsyaAllah kalo tercapai ler..



Farhi first's ride..called 'Funny plane'..tp skrg kat rmh Mak tok kat Kedah...Farhi 10 month



Farhi 11 month..dah susut sket badan die sbb asek demam jer waktu ni...tp skrg dah naik da..



Yeahhh! Farhi 1 year old!!!new face..new look..but u still my handsome boy cayang..mummy loves you!!

Thursday, February 24, 2011

Khutbah Nabi Muhammad SAW

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Wednesday, February 16, 2011

Seindah Bidadari Syurga



Salam,

Indahnya lirik lagu ini, melambangkan betapa berbahagialah wanita yang mentaati suami dan Tuhannya dalam merebut gelaran bidadari syurgawi, adapun bidadari syurga yang asalnya dari sana tidak merasa susah di dunia, sedangkan pengorbanan insan dari dunia ke alam syurga lebih mewarnai citra ... betapa beruntunglah menjadi wanita yang berjasa sehebat mukminah pilihan di zaman nan silam, menjadi tauladan buat kaum Hawa zaman berzaman...

jom kite same2 kongsi info ni....layakkah kita menjadi bidadari syurga????dgn amalan yg seberapa ni..tp msh ada hrpn utk kiter semua jd yg lebih baik kan...hmmm untuk semua wanita yg sentiasa mencemburui kejelitaan dan kesempurnaa bidadari syurga...=)


“Sesungguhnya orang-orang bertaqwa berada ditempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air – mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal,(duduk) berhadap-hadapan.Demikianlah…dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari bermata jeli” (QS. Ad Dukhan 51-54)

“dan ada bidadari bermata indah,laksana mutiara tersimpan indah” (Surah al-waqi’ah 22-23)

Cemburu dgn bidadari syurga????

Menurut sumber yg saye bace, bukan kiter sajer yg cemburukan bidadari syurga, isteri rasulullah SAW pun cemburu jgk tau...hmmm perempuan kan..=)

Imam Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah,bahawa Ummu Salamah Radiallahu ‘Anha telah berkata :”Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli…”

Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya bersih,matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar.”

Aku (ummu salamah) berkata lagi,”Jelaskan padaku ya Rasulullah, tentang firmanNya: “Laksana mutiara yang tersimpan baik…”(QS. Al Waqi’ah 23)

Baginda menjawab,” Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia…”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah; “ Di dalam surga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik…”(QS Ar Rahman 70)

Baginda menjawab,” Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita”.

Aku bertanya lagi,” Jelaskan padaku firman Alloh: “ Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik…”(QS As Shaffat 49)

Baginda menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bahagian dalam telur dan terlindung dari bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

Aku bertanya lagi,” Ya Rasulullah jelaskan padaku firman Allah ; “Penuh cinta lagi sebaya umurnya…”(QS Al Waqi’ah 37)

Baginda menjawab,” Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban.Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan merka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, ghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?”

Baginda menjawab,” Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya,” Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

Baginda menjawab,”Karena Solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya diwajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.Mereka berkata,”Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

Aku berkata,” Ya Rasulullah, salah seorang wanita diantara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat lelaki lalu meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga. Siapakah diantara lelaki itu yang menjadi suaminya di syurga?”

Baginda menjawab,” Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa diantara mereka yang paling baik akhlaqnya. Lalu dia berkata,”Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya…”

…Wahai Ummu Salamah, akhlaq yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.” (HR Ath Thabrani)

Subhanallah..layakkah kita menjadi seseorang yg dicemburui bidadari syurga???Same2 berusaha menjadi wanita seindah bidadari syurga...ALLAH jadikan semua makhluk berpasang-pasangan,saling lengkap melengkapi..isteri adalah pakaian suami dan begitu juga dgn suami...Semoga kiter dapat menjadi bidadari terindah di mata suami...Seindah bidadari syurga...

Wednesday, February 9, 2011

Sg Nil Mood...

Egypt Trip - Part 4

Salam,

follow previous

Egypt 1
Egypt 2
Egypt 3

29 January 2011 kami bertolak ke Mansoura..hari ni katanya akan ade rusuhan hebat di Cairo..ramai driver takut nak kuar so ustaz Muhammad amek driver Arab yg kebetulan bekas tentera..so die brani jgk..ktrg terpaksela kuar pg2 b4 rusuhan start ke Mansoura 3 jam dr Cairo..Sinila tempat my BIL belajar...Alhamdulillah selamat sampai ke sini...Menginap di umah sewa my BIL...


depan umah my BIL..nak bertolak ke Alexandria,ingatkan rusuhan dah ok..

Mansoura tenang berbanding Cairo

Di Pejabat Malaysia di Alexandria (Iskandariah)

Kubu Sallehuddin Al Ayubi

Port Filem "Ketika Cinta Bertasbih"


Farhi sejuk tepi Laut Mediterranian

Singgah di masjid paling lama di Alex..Lupa nama..



Hmmm dah nak balik nampak bangunan terbakar, kete kebal org merusuh..trus takut sangat..dlm van ustaz ckp Cairo dah nak curfew kul 4 ptg..By the time kami sampai Cairo, tgh curfew..takut tp redah jugak..pengalaman kena tahan dgn tentera n org merusuh mmg xdpt nak lupa..lps ni ktrg pun dah takut so xbergambar sgt...


Tp baby ku happy jer =)



Lepas ni sampai j di Cairo Airport..like hell!!!tp Alhamdulillah kami selamat..kecyan Farhi menangis j..sesak sgt airport org suka hati j tolak mnolak...luggage scan tu pun bergoyang2 jer..risau gak dpt k balik..tp Alhamdulillah...dlm flight Farhi asek nangis...kecyan die..xpe dah besar Farhi bace Farhi pun dah lupe ape yg terjadi heheh pengalaman yg xdpt dlupakan....



Tuesday, February 8, 2011

Egypt Trip - Part 3

Salam,


27 January 2011 - bertolak ke Pharaoh Village (Kampung Firaun)

sebenarnya kampung sebenar kat Luxor k Aswan..yg di Cairo ni dia bina seolah2 menggambarkan kehidupan penduduk zaman Firaun...ade gambaran hidup Firaun zaman tu..dan juga ade scene of moses, scene nabi Musa dihanyutkan dan diselamatkan oleh isteri Firaun...

ikuti kisah nabi Musa dihanyutkan di

http://amiregois.blogspot.com/2010/10/kisah-nabi-musa-dan-firaun-serta-kuncu.html

hmmm cam xseries lak mamat ni bercerita..or leh gi ke

http://majalahsakinah.com/2010/05/25/kisah-nabi-musa-alaihis-salam/

or search la kat internet....


Baru sanpai Farhi still tdo...Hubby with his two beautiful angels ahaks

Ok ni kat depan pintu masuk..nak masuk mahal 150 Genih srg yer...

Masuk dalam, start journey naik bot menerusi sg Nil..diorang tnjuk gmbran khdupan rakyat Mesir zaman Firaun dulu...



Scene of Moses

sampai di istana Firaun disambut tour guide


depan kuil zaman Firaun

pak arab ni berlakon jadi priest zaman Firaun


tulisan Zaman Firaun

Jam Zaman Firaun

Mama dah penat kami relaxx lagik =) hehe

Mari belajar bahasa Arab

Kristal Making

Sadat museum (President b4 Mubarak)

Mummification
Waiting for the Nile cruise

Crusing

Farhi start sleeping again

cairo view from Sg Nil

After that, singgah makan Arabian food...Hazharul Maut...

Air asam tu air tomato yer..xpedas langsung...i susah sket kalo mknn xpedas ni..tp syukur rezeki ade...makan share 4 org yer besar sangat...

Ni depan Masjid Al Azhar sebelah Universiti Al Azhar lelaki

singgah solat di sini

binaan yang cantik

Patut nak gi shopping..tp Farhi buat perangai da ngantuk sgt..so kami balik..

continue next part 4